15 June 2011

.Wanita.

[Gambar]

1. Sesunguhnya wanita (sanggup) menyembunyikan cinta selama 40 tahun, namun tidak sanggup menyembunyikan kebencian walaupun sesaat.

2. Sesungguhnya Allah menciptakan wanita dari kelemahan dan aurat. Maka ubatilah kelemahan mereka dengan diam, dan tutupilah aurat itu dengan menempatkannya di rumah.

3. Sebaik - baik perangai wanita adalah seburuk - buruk perangai lelaki iaitu : angkuh, penakut, kikir. Jika wanita itu angkuh, dia tidak akan memberi kuasa kepada nafsunya. Jika wanita itu kikir, dia akan menjaga hartanya dan harta suaminya. Dan jika wanita itu penakut, dia akan takut dari segala sesuatu yang menimpanya.

4. Jangan kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin saja kecantikannya akan membinasakannya. Dan jangan pula menikahi wanita kerana hartanya, kerana mungkin saja akan menjadikannya bersikap sewenang - wenang. Akan tetapi, nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sungguh, wanita hitam yang tiada hidung, tetapi kuat agamanya, dia lebih utama.

5. Aib yang terdapat pada seorang wanita akan terus selamanya. Aib ini juga akan menimpa anak - anaknya setelah menimpa ayah mereka.

6. Kecemburuan seorang wanita adalah kekufuran, sedangkan kecemburuan seorang lelaki adalah keimanan.

dari Abi bin Abi Thalib

.Video Senggama Minda.

Saja nak share video yang senggama minda bak kata en.Blog Serius. Video ni pun dari blog beliau. Layankan *sigh* -____-''



Kasik bernanah telinga ngan mata korunk. *dem*
Sesungguhnya memang aku tak paham.

.Serupa Ke?.


[Gambar]
Orang kata if muka kita dengan pasangan serupa (hampir - hampir sama), jodoh akan berkekalan. Betul ke? Aku masih tak percaya statement nih. Tapi tidak pulak aku mengharapkan jodoh tidak panjang atau mengharapkan muka aku sama dengan en.Gorjes semata - mata nak jodoh berkekalan. Bukan itu Qada' dan Qadar Allah swt? Bagi aku, perkara yang paling penting, selagi ada rasa cinta dan sayang dalam hati, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Macam entri sebelum ni, mengenai rumput dan kasih sayang. Da jumpe rumput yang terbaik buat ape gatal - gatal nak cari lalang? Dan aku masih tak faham definisi 'Muka sama mesti jodoh panjang'.

Aku tak pulak perasaan muka aku ngan en.Gorjes nih sama. Sebab yang paling ketara aku gelap kurang cerah dari en.Gorjes yang cerah. Aku terpikir sebab ada kisahnya, kami gi breakfast, memang kebiasaan duduk bersebelahan, kami berborak, bergurau, cubit - cubit suami isteri kan. Datang macik kedai yang peramah sebab nak bayar, dia sempat tanya, 'korunk nih adik beradik atau suami isteri?' aku da buat muka 'errrrkkk' macik nih takkanlah nak spotcheck atau nak perangkap ktorunk kot..takkanlah adik beradik kot, duduk rapat - rapat macam da kena glu, ke macik tuh pikir aku tak kwen lagi? ummmm. en.Gorjes pun jawab, suami isteri cik ..

Macik tuh pikir kami adik - beradik sebab muka ktorunk sama. ngeeee~~ dia kata jodoh panjang tuh. Duk dalam keta aku pun dok belek - belek muka en.Gorjes, tah tang mane yang samanya. aku buat muka blurr + tak puas hati.

Lagi satu kisah, masa kami dok belaja dalam kelas Mandarin, kebiasaan en.Gorjes, aku, adik aku duduk sebaris. Tapi arituh adik aku tuang kelas, aku duduk berdua je ngan en.Gorjes. Adalah brader depan kami nih memang selalu borak ngan en.Gorjes, dia mungkin tertanya - tanya awatlah kami nih nampak mesra semacam, then en.Gorjes kata, nih orang umah aku. Dia kata ingat adik - beradik, muka sama. Sekali lagi aku blurr *___*. Balik tuh aku belek - belek lagi muka en.Gorjes mencari kepastian. *duhhhh*

.Serupa ke?.