30 November 2011

.Wordless Wednesday #5.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


.Sumber.

 My Yayang first ride. Mudahan kami selamat sampai Kota Bharu.

.Funny, isn't it!.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


  • Funny how RM10 looks so big when we take it to the Masjid and so small when we take it to the store.
  • Funny how long it takes to serve God for an hour, but how quickly a team plays 90 minutes of football or playing 60 minutes of playstation.
  • Funny how people get thrilled when a football game goes into extra time, but complain when khutba is longer than the regular time.
  • Funny how laborious it is to read a juzu' in the Quran and how easy it is to read 2 to 300 pages of a best selling novel.
  • Funny how we believe what the newspapers say but question what the Quran says.
  • Funny how we take adapt the lifestyles of the latest icons yet turn our back to the sunnah of our Prophet (saw)
  • Funny how we can't think of anything to say when we pray and don't have any difficulty thinking of things to talk to a friend.
  • Funny how long a couple of hours spent at the mosque seem, but how short they are when watching movie.
  • Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to sit in the back of mosque.
  • Funny how hard it is for people to lean the simple Qur'aan, well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip.
  • Funny how we need 2 - 3 weeks to fit in an Islamic event into our schedule, but can adjust it for a social event at the last moment.  
  • Funny how we need a long time and have difficulties to memorize one or two verse of Al-Quran, but a very short time and easy to memorize song.

 

24 November 2011

.Kencing Berdiri.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
Aku nak share mengenai kencing berdiri terutama untuk lelaki. Sebab musababnya, aku ada 2 adik lelaki yang selalu kantoi kencing berdiri dengan aku. Sapa suh tak kunci pintu jamban. Masa tuh diorang sekolah rendah. Dan sebagai kakak yang prihatin, aku selalu cakap "kalo aku nampak ko kencing berdiri, aku gunting anu ko tuh! " ahahahahahahah! *kejam* 
 
Ada sebab kenapa aku marah, aku takkan marah  if takda sebab. Sebab aku marah bersebab. *bengong* Lagipun tak elok untuk lelaki mahupun perempuan untuk kencing berdiri. Salah satunya menegenai kebersihan. Tapi apa yang aku tahu adalah sangat tak bagus dan tak beretika.
 
Walaupun kencing berdiri itu tidak haram iaitu harus, tetapi kencing duduk adalah sunat. Kencing berdiri dibenarkan bagi yang uzur. Jika tiada sebarang keuzuran better kencing duduk. 
 
Ini dari Institut al-Qayyim mengenai Hukum Kencing Berdiri.

TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:    

مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً
 
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
 
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
 
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
 
 
 أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً 
 Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”  
 
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”  Wallahu a’lam.