INTRO TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.
SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):
- Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektronik
- Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN:
- CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain
- SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
- umur tidak melebihi 28 tahun.
- sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
- graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
- graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)
PUSAT PEMILIHAN
- Tarikh: 5 & 6 Januari, 2012
- Masa: 9.00pagi - 4.00petang
- Tempat: Pusat JobsMalaysia, HG-07-06, Danga Bay, Off Jalan Skudai, 82000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
|
|
|
No comments:
Post a Comment