29 March 2012

27 March 2012

.Zamree & Aqila Engagement Day.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 May Allah bless both of you dan dipermudahkan segalanya sehingga akad dan nikah.











24 March 2012

23 March 2012

.Bariani Power.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


 Restoren Bariani Power, Batu Pahat, Johor




ahahahaha! memang power! sampai licin en.Suami makan.

22 March 2012

21 March 2012

.Rancangan Kegemaran & Pengaruhnya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Pengaruh orang yang suke tengok rancangan kegemaran telah disebarkan pada orang lain. hiks. Aku telah menyebarkannya kepada en.Suami. ahahahahahah! Dia selalu perli aku 'takde rancangan lain ke?' now, dia pasrah malah menyukainya.

Sekarang dia dah kenal setiap pelakon di dalam rancangan yang slalu aku tengok. 

How I Met Your Mother




New Girl



Glee



Friends With Benefits



CSI






Hot In Cleveland

 
Dan banyak lagilah... Semua ini telah mempengaruhi en.Suami yang dulunya suka menonton berita dan sukan sahaja. Malah, sekarang nih dia yang selalu remind kat aku if rancangan fav da nak start. =)

20 March 2012

.Mutiara Kata #1.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



'' Ada empat (4) hal yang mematikan hati, iaitu dosa yang bertumpuk - tumpuk, (mendengarkan) guyunon orang pandir, banyak bersikap kasar dengan kaum perempuan, dan duduk bersama - sama orang mati. "

Orang - orang bertanya, " Siapakah orang - orang mati itu wahai Amirul Mu'minin? "

Imam Ali a.s menjawab, " Iaitu setiap hamba yang hidup bergelimang dalam kemewahan "

[Gambar]


19 March 2012

.Super Hottie.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



New member at our house. Actually, ktorunk jumpe kat belakang umah. en.Suami kata dari petang dok mengiau sampai ke malam. So, i'm the one who insist nak investigate empunya suara. Bile tengok nampaklah makhluk Allah yang sangat comel nih. I love cat so much. Since eksiden arituh rasa guilty tak hilang lagi. Mungkin Allah temukan dengan kucing tecik nih untuk hilangkan rasa guilty tuh...

We decide nak jaga since beberapa hari kebelakangan nih cuaca hujan dan sejuk. Lagipun takda sapa yang cari. Nama dia ktorunk tak bagi lagi. Panggil pokcing je. Tersangat active. Suke gigit kaki and tangan. My hand banyak scar halus sebab pokcing. Maybe he needs somebody to play with. He maybe around 5 - 6 month I guess. 

First day, memang berak and kencing sepah - sepah. But we cool. ahahahahahah! en.Suami yang kena cuci okeh. Aku cuma tolng cebok bontot Pokcing jek. Then, after 2 - 3 days Pokcing da buang apa yang patut kat dalam Liiter Box. yeay!! cepat kan dia belajar. Sebabnya hari - hari en.Suami pujuk dia suh berak kat litter box.

Now, Pokcing is our joy. Banyak benda yang kami berdua belajar. Iaitu sabar. Both of us belum pernah ada experience bela kucing. Selalu bagi makan jek. Next plan, nak bawak Pokcing gi Vet. =) -----> we can be a good parents *big SMILE* cuma menanti rezeki Allah. Amin.



16 March 2012

.Azan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya. Yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan, kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka, kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-samamenghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin...amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Diawali dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan keagungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia.

Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas azan dialunkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini,

Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

02 March 2012

.Wet World Batu Pahat.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Suppose ini entry bulan Feb, tapi sudah termasuk bulan March akibat kemalasan yang terlampau. Kitorunk pi Wet World Batu Pahat. Harga tiket utk dewasa - RM 15. Tempat okelah. Cuma yang kat A Famosa adventure lebih sikit.  








Budak baju kuning balik cuti mid-sem, so kitorunk bawa dia jalan - jalan.