27 December 2011

.Info : Program Pengambilan Pelatih SL1M -TNB.

JobsMalaysia.gov.my menjayakan pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB


PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.
INTRO  TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. 
TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB. 
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya.  Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.
SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik 
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN:
  • CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain 
  • SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
  • umur tidak melebihi 28 tahun.
  • sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara. 
  • graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
  • graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)
PUSAT PEMILIHAN
  • Tarikh:  5 & 6 Januari, 2012
  • Masa: 9.00pagi - 4.00petang
  • Tempat:  Pusat JobsMalaysia,      HG-07-06, Danga Bay, Off Jalan Skudai, 82000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.






LAIN-LAIN:
  • Program latihan akan bermula awal 2012
  • Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
  • Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah. 
  • Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
  • Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.
PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN

sebarang pertanyaan, hubungi:                                                                    Pn. Nurul Muzaleeza Mustapha - 03-2296 6523                                           En. Kamal Sabarudin - 03-2296 6756

10 December 2011

.Ingin selalu disisinya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 


''Ketika menikah, dia bukan menjadikan tujuannya hanya sekadar bahawa aku akan bahagia kerana punya pasangan yang cantik, aku bukan bahagia kerana dia memberi layanan yang bagus. Dia menjadikan tujuannya sebagai satu ibadah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk membuatkan hidup lebih bahagia. Dia juga bukan mencari kesempurnaan, kerana kalau mencari kesempurnaan maka hidup tidak akan bahagia. Tapi dia hidup untuk mengisi ketidaksempurnaan, maka bahagialah hidupku bersamanya''

" If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you " Courtney Kuchta

It's been a year. 

Didalam doaku, aku memohon kesejahteraan hidup dan kebahagian untuk dirimu. Aku bermohon agar Allah tidak memisahkan kita, sentiasa melimpahkan kasih sayangnya buat kita.

Setiap hariku, sentiasa ada perasaan rindu yang teramat. Perasaan yang sangat istimewa. Perasaan istimewa yang sangat aku suka. 

Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana melengkapi segala kekurangan diriku. Sentiasa ada di waktu susah dan senangku, gembira dan sedihku serta sakit dan sihatku.

Untuk suamiku, I love you so much. Terima kasih kerana menjadikan ku pelengkap rusuk kirimu. Happy 1st Anniversary.