27 December 2011

.Info : Program Pengambilan Pelatih SL1M -TNB.

JobsMalaysia.gov.my menjayakan pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB


PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.
INTRO  TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. 
TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB. 
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya.  Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.
SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik 
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN:
  • CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain 
  • SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
  • umur tidak melebihi 28 tahun.
  • sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara. 
  • graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
  • graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)
PUSAT PEMILIHAN
  • Tarikh:  5 & 6 Januari, 2012
  • Masa: 9.00pagi - 4.00petang
  • Tempat:  Pusat JobsMalaysia,      HG-07-06, Danga Bay, Off Jalan Skudai, 82000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.






LAIN-LAIN:
  • Program latihan akan bermula awal 2012
  • Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
  • Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah. 
  • Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
  • Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.
PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN

sebarang pertanyaan, hubungi:                                                                    Pn. Nurul Muzaleeza Mustapha - 03-2296 6523                                           En. Kamal Sabarudin - 03-2296 6756

10 December 2011

.Ingin selalu disisinya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 


''Ketika menikah, dia bukan menjadikan tujuannya hanya sekadar bahawa aku akan bahagia kerana punya pasangan yang cantik, aku bukan bahagia kerana dia memberi layanan yang bagus. Dia menjadikan tujuannya sebagai satu ibadah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk membuatkan hidup lebih bahagia. Dia juga bukan mencari kesempurnaan, kerana kalau mencari kesempurnaan maka hidup tidak akan bahagia. Tapi dia hidup untuk mengisi ketidaksempurnaan, maka bahagialah hidupku bersamanya''

" If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you " Courtney Kuchta

It's been a year. 

Didalam doaku, aku memohon kesejahteraan hidup dan kebahagian untuk dirimu. Aku bermohon agar Allah tidak memisahkan kita, sentiasa melimpahkan kasih sayangnya buat kita.

Setiap hariku, sentiasa ada perasaan rindu yang teramat. Perasaan yang sangat istimewa. Perasaan istimewa yang sangat aku suka. 

Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana melengkapi segala kekurangan diriku. Sentiasa ada di waktu susah dan senangku, gembira dan sedihku serta sakit dan sihatku.

Untuk suamiku, I love you so much. Terima kasih kerana menjadikan ku pelengkap rusuk kirimu. Happy 1st Anniversary. 


 

30 November 2011

.Wordless Wednesday #5.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


.Sumber.

 My Yayang first ride. Mudahan kami selamat sampai Kota Bharu.

.Funny, isn't it!.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


  • Funny how RM10 looks so big when we take it to the Masjid and so small when we take it to the store.
  • Funny how long it takes to serve God for an hour, but how quickly a team plays 90 minutes of football or playing 60 minutes of playstation.
  • Funny how people get thrilled when a football game goes into extra time, but complain when khutba is longer than the regular time.
  • Funny how laborious it is to read a juzu' in the Quran and how easy it is to read 2 to 300 pages of a best selling novel.
  • Funny how we believe what the newspapers say but question what the Quran says.
  • Funny how we take adapt the lifestyles of the latest icons yet turn our back to the sunnah of our Prophet (saw)
  • Funny how we can't think of anything to say when we pray and don't have any difficulty thinking of things to talk to a friend.
  • Funny how long a couple of hours spent at the mosque seem, but how short they are when watching movie.
  • Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to sit in the back of mosque.
  • Funny how hard it is for people to lean the simple Qur'aan, well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip.
  • Funny how we need 2 - 3 weeks to fit in an Islamic event into our schedule, but can adjust it for a social event at the last moment.  
  • Funny how we need a long time and have difficulties to memorize one or two verse of Al-Quran, but a very short time and easy to memorize song.

 

24 November 2011

.Kencing Berdiri.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
Aku nak share mengenai kencing berdiri terutama untuk lelaki. Sebab musababnya, aku ada 2 adik lelaki yang selalu kantoi kencing berdiri dengan aku. Sapa suh tak kunci pintu jamban. Masa tuh diorang sekolah rendah. Dan sebagai kakak yang prihatin, aku selalu cakap "kalo aku nampak ko kencing berdiri, aku gunting anu ko tuh! " ahahahahahahah! *kejam* 
 
Ada sebab kenapa aku marah, aku takkan marah  if takda sebab. Sebab aku marah bersebab. *bengong* Lagipun tak elok untuk lelaki mahupun perempuan untuk kencing berdiri. Salah satunya menegenai kebersihan. Tapi apa yang aku tahu adalah sangat tak bagus dan tak beretika.
 
Walaupun kencing berdiri itu tidak haram iaitu harus, tetapi kencing duduk adalah sunat. Kencing berdiri dibenarkan bagi yang uzur. Jika tiada sebarang keuzuran better kencing duduk. 
 
Ini dari Institut al-Qayyim mengenai Hukum Kencing Berdiri.

TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:    

مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً
 
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
 
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
 
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
 
 
 أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً 
 Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”  
 
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”  Wallahu a’lam.  

23 November 2011

.Wordless Wednesday #4.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
Happiness
 

.Syaitan Dalam Kehidupan Manusia.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
 
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه

“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
 
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan
bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
 
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل

“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim.




SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda:
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه

“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
 
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum.
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH 

Nabi saw bersabda: 

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.


SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
 
إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان
: أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
 
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” Hadis sahih Muslim (2018).


MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN 
 
إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان

 
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.” Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT
 
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”
Rasulullah saw pun menjawab:

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
 
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” Hadis sahih Muslim.


MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda:

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
 
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih.


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih


PENUTUP

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.” Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan
Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

21 November 2011

.Something Distract Me.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
 Masa tengok FFM 24 aku tak berapa nak fokus dekat tutur bicara Kak Ogy, apa dia membebel pun aku tak berapa nak dengar sebabnya aku sangat terganggu dengan penampakan bayangan perut bulat Kak Ogy.
 
Arghhhh! *dem* kepala aku asyik pikir, takda sesiapa ke kat situ nak pi tegur dia. 

Memang takda =___=

Mak kata, dia tak pakai spender or korset ke?? atau dia pakai spender tapi kat bawah perut? tah la mak. Mungkin dia sendiri tak perasan kot. Mungkin jugak fesyen. 

Mungkin
 
 

18 November 2011

.When a man claim himself as his boyfriend Wife.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
 
Aku rasa tajuk terpanjang. Totally insane bila korang baca. Pelik tetapi benar. Aku share dari blog Journey to The Poyoland.
 
I am so speechless (senyap) 
 
Aku cuma berharap yang mereka dapat kembali ke pangkal jalan walaupun aku pening baca madah - madah puitis mereka. Dan aku terasa amat annoying dengan gaya penulisan budak - budak yang perasan comel. Tercemar otak dan jiwa kemelayuan aku.

(senyap)

Okeh, aku betul - betul rasa nak muntah.

.Ayah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Hujan dengan selebat - lebatnya. Jalan pun dah mula penuh dengan air, ini menyebabkan pengeluaran gas - gas kemarahan yang berlebihan kat badan aku. Mula aku nak mencarut pasal drainage system yang totally WTF. Mujur ayah aku ada sebelah, kena cakap elok - elok sikit.

Marah sebab jalan jammed, kena bawak slow dan aku risau tetibe keta aku mati tengah jalan akibat air yang bertakung *dem* dalam pada nak marah, aku isghtifar semoga Allah permudahkan perjalanan aku dengan ayah. Owh, aku hantar ayah ke pejabat sebab dia nak pergi kursus.

3 hari 2 malam dan ini yang pertama kali selepas 35 tahun berkhidmat. Masa aku dapat tawu dari mak, selama 3 minit aku gelak. Aku pun tak tawu nape, mungkin aku pikir macam mane rupa ayah berkursus, macam mana nak urus pakaian dan sebagainya. Maklumlah, ayah tak pernah sangat jauh dari mak and family.

Kami siap berpesan, jangan berdengkur kuat sangat. ehehehhehe! Yang penting lepas aku drop kan ayah kat tempat menunggu, muka dia sangat nervous. Pacik yang berumur 55 tahun baru nak merasa pergi kursus. Apepun, semoga berjaya buat ayah and I love you. Don't worry, we will take care of mak.

Gambar recyle : Mak.Ayah.Aku

10 November 2011

.Keji.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tarik nafas dalam - dalam dulu kemudian hembus sekuat hati *fuhhhhhh* (gaya Awal Ashaari). Mengong. Aku cuma rasa annoying terbaca komen sorunk makcik nih. Bajet bagus jek. >_<''


09 November 2011

04 November 2011

.Salam Aidiladha.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Salam Aidiladha dan berhati - hati bila memandu balik kampung. Mana yang takda kampung, hati - hati jugak. Ehem, masih adakah pasangan berkahwin yang bergaduh nak balik kampung suami atau isteri? If ada, sila baling dadu atau lambung duit siling. =)

Itu salah satu alternative solution okeh. Walaubagaimanapun, aku berharap kita semua meraikan Aidiladha dengan cara dan adat kita. Fakta, aku tak makan daging lembu korban, mungkin aku kesian atau aku tak suka baunya. Melainkan, orang tak bagitawu itu daging korban *faint*




02 November 2011

.Wordless Wedneday #2.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Aku rindu saat ini. *Jiwang*
 

01 November 2011

.November.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Aku teruja hari nih 1.11.2011, itu jek. So, macam takda motif. Walaubagaimanapun, aku berharap hari - hari aku gembira dan semua orang gembira. Dan hari - hari juga aku berdoa agar kita semua di dalam perlindungan Allah swt.
 
 
Sila abaikan muka ayah aku tuh. =__=

.Wedding Azira.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Perkahwinan Azira dan Angah. Cousin aku nye kawan. Azira yang tolong mekapkan aku masa tunang dulu. en.Gorjes panggil dia Izara, sebab muka lebih kurang kot. 










31 October 2011

.Random #2.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ada sedikit kata - kata yang tak berapa indah

Kecewa
Bila kau percaya bahawa kau yang utama
Tapi, bukan yang utama pada dia

Kecewa
Bila kau percaya bahawa kau yang terbaik
Tapi, bukan yang terbaik pada dia

Kecewa
Bila kau sebenarnya percaya pada kata - katanya yang penuh dusta
Tapi, terpaksa memendam sahaja

Kau akan percaya lagi tak?

Maaf, kau percaya tak aku bukan sepuitis yang disangka. Hampeh =P



 
Sila abaikan muka syok sendiri ini.

28 October 2011

.Random #1.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Spending time @Pizza Hut






Aku cuma tergoda dengan spaghetti Carbonara je. Walaupun aku tawu buat (berlagak =__=)dan adik aku kata lagi sedap dari Carbonara Pizza Hut, tapi akibat aku malas. Inilah bahananye. Sekian.

27 October 2011

.Too Cute To Handle.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maafkan tajuk di atas, bukan aku, tapi dia.




 
Dia, Baby Rizqi. Gerammm!

24 October 2011

.L O S E R yang H E B A T.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kau pernah jadi L O S E R tak? Aku pernah dan aku rasa nak jalan pakai topeng dan berkurung dalam rumah selama mana yang aku perlu. Itu namanya sangat P A T H E T I  C.

Tapi bila ada L O S E R sebelah korunk? Rasa hebat tak? Aku rasa hebat walaupun aku tak berapa hebat. Tapi L O S E R tersebut telah membuat penampakkan yang hebat buat aku. Percayalah.

Untuk sekali - sekala, apa salahnya untuk merasa begitu kan. Bukan main kotor, maksud aku bukan main lumpur yang kotor oke. Kadang - kadang kesian jugak pada si L O S E R, tapi nak buat macam mana, bukan kehendak aku mahupun si L O S E R tersebut.

Jadi jangan jadi si L O S E R, pasti orang lain pula yang rasa hebat. Ahahahahahah!! (Gelak dengan nada sedikit jahat) pasnih, naik la KPI aku. *sengih*

Aku tak pasti tahap sebagaimana baru dikatakan L O S E R ---> hampeh !

Yang aku pasti si L O S E R mempunyai dua orang makwe. L O S E R kah? 

[L O S E R]

.Tempias Kemarahan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Aku tengah piss off nih. Aku kopek - kopek tak dapat, aku tarik - tarik pun tak dapat. If dapat pun, koyak. Bile da dapat tarik, putus. Material nipis macam selaput dara. Handle with care oke. 

Aku bengang, aku tarik sekuat hati, rabaknya pun sekuat hati. 

Aku mula bosan, bosan yang amat - amat. Aku tenung lama - lama, huh! bengong, melambatkan kerja aku je S E L O T E P nih!! Dasar S E L O T E P murahan!


Sekian


21 October 2011

.InsyaAllah, if Allah wills.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
I am so grateful surrounded by super amazing people and I won't ask for more. They being so understanding, encourage and really supportive. They will never judge whether you are wrong or right, they always been there when you ups and when you downs. 

This is what you called a F R I E N D S and F A M I L Y. 

Ini bulan ke-10 perkahwinan aku, the most cliche things people keep asking was, 'bila nak ada baby?' 'da ada isi?' 'Are you planning?' Gosh! Aku rasa nak beli selotep takpun nak beli jarum ngan benang biar tutup mulut mereka - mereka itu.

Sometimes, these people don't understand. Oke untuk bertanya, tapi kalau da kerap sangat, tak menyampah ke? Menyampah sangat oke! Frankly says, I'm not planning and I'm mentally and physically ready to have a baby! Kadang - kadang kita terlupa yang Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Dia lebih mengetahui bila sebenarnya kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ibu dan Ayah walaupun kita rasa kita da cukup dari segala segi.

Itukan Qada dan Qadar Allah, kita kena redha, berusaha dan bertawakal. Tanyalah mana - mana isteri, siapa yang tak nak anak? Perempuan bongok jek yang tak nak. Yang buang anak dan sebagainya tak payahlah nak cakap lagi, tapi aku percaya itu semua ujian dari Allah. It will happens at the right time. 

Tak terbayang pasangan yang dah bertahun kahwin masih belum dikurniakan anak, mesti lagi hebat ujian untuk mereka. Sedangkan aku yang baru 10 bln dah stress dan sedih yang amat, apatah lagi mereka. Daripada nak bertanya dan cakap bukan - bukan, kan lebih baik mendoakan yang baik - baik. 

Itulah pentingnya sokongan dari kawan - kawan dan keluarga, lebih - lebih lagi suami. Dia yang paling rapat dengan kita, dan selalu ada dengan kita. Sebab setabah mana kau tengok seorang perempuan itu, kau takkan tahu sejauh mana hati dia terluka dan kau takkan tahu berapa banyak airmata yang dah mengalir.

So, stop talking about nonsenses and stop being so annoyed. Be positive larh, its not that difficult to do. For those wifey yang masih mencuba, keep trying, be cool and redha.

Maaf, gambar tiada motif =__=