18 November 2011

.Ayah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Hujan dengan selebat - lebatnya. Jalan pun dah mula penuh dengan air, ini menyebabkan pengeluaran gas - gas kemarahan yang berlebihan kat badan aku. Mula aku nak mencarut pasal drainage system yang totally WTF. Mujur ayah aku ada sebelah, kena cakap elok - elok sikit.

Marah sebab jalan jammed, kena bawak slow dan aku risau tetibe keta aku mati tengah jalan akibat air yang bertakung *dem* dalam pada nak marah, aku isghtifar semoga Allah permudahkan perjalanan aku dengan ayah. Owh, aku hantar ayah ke pejabat sebab dia nak pergi kursus.

3 hari 2 malam dan ini yang pertama kali selepas 35 tahun berkhidmat. Masa aku dapat tawu dari mak, selama 3 minit aku gelak. Aku pun tak tawu nape, mungkin aku pikir macam mane rupa ayah berkursus, macam mana nak urus pakaian dan sebagainya. Maklumlah, ayah tak pernah sangat jauh dari mak and family.

Kami siap berpesan, jangan berdengkur kuat sangat. ehehehhehe! Yang penting lepas aku drop kan ayah kat tempat menunggu, muka dia sangat nervous. Pacik yang berumur 55 tahun baru nak merasa pergi kursus. Apepun, semoga berjaya buat ayah and I love you. Don't worry, we will take care of mak.

Gambar recyle : Mak.Ayah.Aku

No comments: