30 July 2011

.Ramadhan.

 
 
Selamat Bepuasa dan mudahan kita semua diberkati dan dilindungi Allah swt

20 July 2011

.Info : ISKANDAR MALAYSIA SME PROGRAM #9.

 Iskandar Malaysia (IRDA) dengan kerjasama Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Telekom Malaysia (TM) akan mengadakan Program “New Media & Digital Content Ecosystem Program (NMDCEP)” yang bertujuan untuk mencungkil bakat usahawan tekno kreatif mahupun syarikat yang berkaitan dengan industri kreatif dan ICT dalam mendapatkan bantuan kewangan melalui Dana Industri Kreatif yang dibiayai oleh BSN sebanyak RM120 juta (seratus dua puluh juta), dan peserta yang telah dipilih melalui proses-proses yang ditetapkan akan ditawarkan pembelian hak milik kandungan kreatif oleh Telekom Malaysia.
 
Taklimat program NMDCEP akan diadakan seperti berikut :

Tarikh    :         25hb Julai 2011 (Isnin)

Waktu    :         8:30 pagi  -  12:00 tengahari

Lokasi   :         Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) Danga Bay
                      Bersebelahan dengan ASEANA International 
                      Restaurant, Danga Bay

Sila hantar maklumat diatas kepada azlan@irda.com.my ataupun hubungi telefon di 013-7671105, pejabat 07-2333091 atau fax : 07-2333001

.Wordless Wednesday #1.

19 July 2011

.Imamku.

.Teater Seri Mersing.

 
Pertama kali aku menonton teater. Tak tahu apa yang aku nak jangkakan. Selalu digula - gulakan dengan sound effect yang menggugurkan jantung, teknik - teknik perfileman yang aku tak berapa nak faham, ternyata teater memberikan kepuasan yang berbeza. Mungkin lebih real dan live.

 Aku kagum dengan para pelakon yang dapat menghafal dialog dan memainkan watak secara berkesan tanpa perlu re-shoot. Hebat sungguh. Maaflah sebab aku kelihatan seperti sangat JAKUN. Dan I'm admit it. Oh, terima kasih pada cuzie ku, Lina sebab dapatkan tiket untuk aku dan suami, and its FREE. 


















Akhirnya aku faham kisah cinta tidak kesampaian Damak dan Seri Mersing, lakonan Zul Huzaimy dan Elly Mazlein. Dan aku menyampah dengan Awang Sulong iaitu Yus Jambu. Emosi. 

wOoOOOo, Jep Sepah. Nebes aku. =)

18 July 2011

.Aku Dah Bosan.

Aku dah bosan dengan :

  • mereka yang suka mengambil kesempatan
  • mereka yang tak reti nak ucap terima kasih
  • mereka yang berlagak pandai tapi sebenarnya tak
  • mereka yang bercakap dari hati yang marah bukan dari akal yang waras
  • mereka yang yang selalu membuat kesalahan yang sama "Sebodoh - bodoh orang adalah yang tersadung batu dua kali" - Abi bin Abi Thalib
  • mereka yang perasan bagus dan hebat tapi sebenarnya tidak
  • mereka yang selalu mengeluh di atas kekayaan yang mereka rasa masih tak cukup
  • mereka yang selalu menghambur kata - kata kurang elok
  • mereka yang menilai tanpa mengenal
  • mereka yang berpura - pura baik di hadapan kita

Aku juga dah bosan nak berpura - pura berkelakuan baik dan menerima segalanya dengan mereka - mereka ini. Seperti mahu mendendangkan lagu Amy Search 'Aku Dah Bosan'


  :: Perlu perubahan ::

16 July 2011

.Jodoh.

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa - apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa - doa lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar- benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah - tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangkamembahagiakan itu benar - benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa - rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak - anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar - benar mengerti tuntutan - tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus - putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia - rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi- Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong - lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

14 July 2011

bayi VS AIR MASAK

Bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd momies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua , kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.


Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*




11 July 2011

.Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.


 Maaflah yer, aku masih tak berapa jelas dengan isu BERSIH 2.0 nih. Maybe aku bukan jenis yang mengambil port hal - hal politik. Tapi bila Polis buat sekatan jalan raya berhari - hari, aku rasa bengang jugak. Tapi cuba positifkan diri sendiri, untuk kebaikan semua. Aku cuma berharap Malaysia nih aman dan rakyat bersatu padu. Tak kiralah kita berlainan agama atau bangsa.

Mengenai BERSIH 2.0, ada jugak beberapa perkara yang mungkin aku setuju demi untuk mendapat keadilan dalam sistem UNDI. Tapi aku tak pasti sama ada cara atau penekanan yang digunakan adalah yang sewajarnya. Aku cuma berharap walau apa pun motif BERSIH 2.0 adalah untuk negara MALAYSIA. PATRIOT pula diwujudkan untuk menentang BERSIH 2.0 ekk? Dikepalai oleh Khairy Jamaluddin. Hmmm, aku cuma menganggap Khairy seorang yang terlebih - lebih emosinya, terlebih - lebih perlakuannya. Aku pasti matlamatnya juga untuk negara MALAYSIA, tapi caranya. Aduhaii. Kena banyak beristighfar. 

Seperti kata Abi bin Abi Thalib "Kemarahan orang bijak terletak pada perbuatannya, sedangkan kemarahan orang jahil pada ucapannya"

Dan tidak semestinya perlu melakukan perbuatan yang mengundang kesusahan orang lain. Apapun yang mereka cuba lakukan, aku berharap ianya demi untuk rakyat, negara dan bukan untuk diri sendiri atau bukan untuk menyusahkan orang lain. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Mudahan kita semua diberi keselamatan dunia dan akhirat oleh Allah swt.

09 July 2011

.Antara keluarga dan kawan.

Assalamualaikum.

Semalam ada seorang rakan fesbok mengeluarkan status " antara kawan dan keluarga mana lebih penting? kenapa ada yang masih mementingkan kawan dari keluarga??? "

Dua - dua pun penting sebenarnya, tapi jangan melampui batas sampai mengetepikan keluarga udah lerr. Aku pun ada kisah jugak berkaitan perkara nih. Suami ada sorang kawan nih, nak kata BFF tak la jugak, kawan sama opis. Percaya atau tidak aku pernah merajuk dengan suami sebab dia. Panggil dia Sinyu je la ye. Mulanya, suami asik berSMS jek. Kekerapan berSMS bertambah bila waktu malam, aku takdalah curiga dia ada perempuan lain, cuma rasa pelik. Aku pun check henpon dia, upenye tengah berSMS dengan Sinyu nih. Okelah.

Tapi lama - lama, aku rasa annoying pulak. Sinyu nih takda kerja lain ker?? SMS la GF dia ker, orang  selain dari suami aku. Butir - butir SMS yang Sinyu hantar langsung aku tak berkenan. Sinyu asik kata suami takut bini. What the Heck!! Dalam pale nih dok pikir, mamat nih GAY ke?? Sikit - sikit SMS suami aku. Ajak kua la.. bile suami tak boleh, mula la cakap bukan - bukan. Haishh!!

Memanglah setiap Rabu dan Jumaat, kawan - kawan suami aku ada aktiviti main badminton or futsal. If ada hal kekeluargaan yang aku rasa aku perlu suami ikut, takdelah dia nak pi. Tapi Sinyu nih macam tak paham jek, asik jek SMS nape tak datang? itulah, inilah. Bongeks tul. Tak cukup orang laa..

Suami nih pula, asik nak backup Sinyu.. kawan kan. Tapi yang jadi kawan tuh, perlulah berpada. Janganlah sampai merosak hubungan dan pemikiran orang lain. If dah suami isteri, takkan lah tak boleh nak fikir yang isteri boleh baca SMS suami? Sinyu pulak anta SMS gasaklah nak kata suami takut bini. Apa kejadahnya. Aku pun hangin, aku remove dia dari friend list FB suami, delete num hp dia. Biar dia tahu. SMS yang Sinyu hantar pun aku delete. Tak sempat pun suami baca. Puas hati aku!

Sampai aku suruh suami buat pilihan Sinyu atau aku?? Alhamdulillah suami pilih aku. Macam bongok pulak aku suruh buat suami buat pilihan. Ehehehhehe! Aku mintak suami jangan layankan sangat Sinyu. Dia seperti JABLAI (Jarang dibelai). Mungkin GF dia jauh. Sinyu ada jugak tanya, kenapa dia takde dalam FB suami, wife kau yang delete ekk? Suami jawab, ntah FB giler..

Aku nak tegaskan, setiap apa yang aku lakukan dan ucapkan atas dasar realiti dan logik. Aku explain pada suami, aku tak marah Sinyu macam tuh, aku cuma nak dia paham bahawa suami dah ada keluarga, cukuplah Isnin - Jumaat jumpa Sinyu dengan suami kat opis. Dari 8am - 5pm. Itu pun belum dicampur if ada aktiviti hari Rabu dan Jumaat. Aku dengan suami Isnin - Jumaat 6pm - 12pm. Sabtu 2pm - 12pm. Sebab sabtu aku kerja. Ahad full day. Itu kalau aku tido kul 12pm if kul 10pm?? lagi kurangkan ..

Aku nak Sinyu paham, sebab dia pun akan bernikah tak lama lagi. Hal tuh senyap after aku remove Sinyu. Lagi pula dia sibuk urus majlis kahwin yang tak lama lagi. Tetibe Sinyu muncul balik berSMS malam tadi. Aku dah agak mesti dia. Bile aku baca SMS dia, dia macam tak puas hati suami asik ada hal jek setiap Jumaat malam. Kebetulan Jumaat minggu lepas, sepupu aku nikah, minggu nih abang aku. Sinyu rasa suami aku reka cerita. Hangin dalam kepala aku datang balik. grrrr!! Alasan sebab tak cukup orang nak main badminton. 

Kadang - kadang kita nih if jadi manusia, kawan atau apa sahaja, kenalah memahami. Jangan jadi selfish. Jangan buat orang lain sakit hati atau menyusahkan hubungan orang lain. Bukan tak boleh berkawan, cuma kena memahami. Suami dah ada keluarga, dia ada komitmen, dan aku pun bukan jahat tak bagi berkawan, tak bagi keluar. Aku masih ada tolerensi dan boleh berfikir. Tapi if gasak berSMS dengan suami macam orang bercinta, apa ke halnya?? suami pulak kalau tak balas kawan dia, if balas melarat pulak SMS nyaa. Cuma balas apa yang perlu jela kan. 

 Untuk para suami, mereka pun perlu memahami. Nasihatkan kawan yang perangai macam tuh. Kita masing - masing dah dewasa. Bukan budak - budak yang tak matang. Dan sebagai seorang kawan, kita perlu lebih rasional dan realistik dalam setiap yang kita lakukan atau ucapkan, kerana Friend is always forever and Family knows you the best.

Sekian, terima kasih.


08 July 2011

.Nonsense Email.

Good Day,


I am MUSTAFA BIN GHAZALIL,attorney at law with many years of practice.I was an attorney to a late client of mine who died in Malaysia of a heart related condition in 2008. My reason of sending you this email is to help secure the funds left behind by my client before it is confiscated or declared unserviceable by the Holding Institution where this fund valued at $5.5 Million United State Dollars was deposited.

Since you do have the same last name with my deceased client,I would want to present you as the legitimate Close Relative with all legal documents required backing the claim up. The holding Institution has issued me a notice to contact the Close Relative, or the account will be confiscated, and so far, all my efforts to get hold of someone related to this man have proved abortive.

This is my proposition; I am asking for your consent to present you to the holding Institution as the Close Relative of my deceased client, since you have the same last name, so that the proceeds of this account can be paid to you. Then we can share the amount on a mutually agreed-upon percentage.I do have a good standing in Malaysia, it is my assurance that this proposition will be successful and that I will make sure that the proposition is done within the applicable laws to guarantee full legitimacy.

All legal documents to back up your claim as my client's Close Relative will be provided by me.All I require is your honest cooperation to enable us see this transaction through.
This will be executed under a legitimate arrangement that will protect you from any breach of the law. However, if this proposition offends your moral values, do accept my apology.

Please contact me at once to indicate your interest. Do understand that this proposition does require utmost confidence and you should keep this mail to yourself not withstanding if you are rejecting the transaction or accepting it. Note that I reserve the right to reject your acceptance of this proposal if I have reasons to believe that you may not be honest or discreet as it concerns this proposition.

Further details will be giving as soon as your interest is indicated.

Regards,
Barr.Mustafa Bin Ghazalil

 Pernah tak korunk terima emel macam nih? Aku dah terima banyak kali. Nonsense betul. Adik aku pernah jugak reply emel macam nih, seboleh - boleh suruh kita bank in duit pada dia.Bila adik aku berdolak - dalik, terus dia stop emel. Ini kes nak perdaya duit orang la nih. 

Aku cuma buhsan terima emel dari orang gila macam nih. Satu keje gasak nak mendelete emel dari dorunk. Haisshhh! Apa pun tak boley !

05 July 2011

LELAKI & DAYUS.....

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelakisedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelakitanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)