31 October 2011

.Random #2.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ada sedikit kata - kata yang tak berapa indah

Kecewa
Bila kau percaya bahawa kau yang utama
Tapi, bukan yang utama pada dia

Kecewa
Bila kau percaya bahawa kau yang terbaik
Tapi, bukan yang terbaik pada dia

Kecewa
Bila kau sebenarnya percaya pada kata - katanya yang penuh dusta
Tapi, terpaksa memendam sahaja

Kau akan percaya lagi tak?

Maaf, kau percaya tak aku bukan sepuitis yang disangka. Hampeh =P



 
Sila abaikan muka syok sendiri ini.

28 October 2011

.Random #1.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Spending time @Pizza Hut






Aku cuma tergoda dengan spaghetti Carbonara je. Walaupun aku tawu buat (berlagak =__=)dan adik aku kata lagi sedap dari Carbonara Pizza Hut, tapi akibat aku malas. Inilah bahananye. Sekian.

27 October 2011

.Too Cute To Handle.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maafkan tajuk di atas, bukan aku, tapi dia.




 
Dia, Baby Rizqi. Gerammm!

24 October 2011

.L O S E R yang H E B A T.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kau pernah jadi L O S E R tak? Aku pernah dan aku rasa nak jalan pakai topeng dan berkurung dalam rumah selama mana yang aku perlu. Itu namanya sangat P A T H E T I  C.

Tapi bila ada L O S E R sebelah korunk? Rasa hebat tak? Aku rasa hebat walaupun aku tak berapa hebat. Tapi L O S E R tersebut telah membuat penampakkan yang hebat buat aku. Percayalah.

Untuk sekali - sekala, apa salahnya untuk merasa begitu kan. Bukan main kotor, maksud aku bukan main lumpur yang kotor oke. Kadang - kadang kesian jugak pada si L O S E R, tapi nak buat macam mana, bukan kehendak aku mahupun si L O S E R tersebut.

Jadi jangan jadi si L O S E R, pasti orang lain pula yang rasa hebat. Ahahahahahah!! (Gelak dengan nada sedikit jahat) pasnih, naik la KPI aku. *sengih*

Aku tak pasti tahap sebagaimana baru dikatakan L O S E R ---> hampeh !

Yang aku pasti si L O S E R mempunyai dua orang makwe. L O S E R kah? 

[L O S E R]

.Tempias Kemarahan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Aku tengah piss off nih. Aku kopek - kopek tak dapat, aku tarik - tarik pun tak dapat. If dapat pun, koyak. Bile da dapat tarik, putus. Material nipis macam selaput dara. Handle with care oke. 

Aku bengang, aku tarik sekuat hati, rabaknya pun sekuat hati. 

Aku mula bosan, bosan yang amat - amat. Aku tenung lama - lama, huh! bengong, melambatkan kerja aku je S E L O T E P nih!! Dasar S E L O T E P murahan!


Sekian


21 October 2011

.InsyaAllah, if Allah wills.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
I am so grateful surrounded by super amazing people and I won't ask for more. They being so understanding, encourage and really supportive. They will never judge whether you are wrong or right, they always been there when you ups and when you downs. 

This is what you called a F R I E N D S and F A M I L Y. 

Ini bulan ke-10 perkahwinan aku, the most cliche things people keep asking was, 'bila nak ada baby?' 'da ada isi?' 'Are you planning?' Gosh! Aku rasa nak beli selotep takpun nak beli jarum ngan benang biar tutup mulut mereka - mereka itu.

Sometimes, these people don't understand. Oke untuk bertanya, tapi kalau da kerap sangat, tak menyampah ke? Menyampah sangat oke! Frankly says, I'm not planning and I'm mentally and physically ready to have a baby! Kadang - kadang kita terlupa yang Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Dia lebih mengetahui bila sebenarnya kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ibu dan Ayah walaupun kita rasa kita da cukup dari segala segi.

Itukan Qada dan Qadar Allah, kita kena redha, berusaha dan bertawakal. Tanyalah mana - mana isteri, siapa yang tak nak anak? Perempuan bongok jek yang tak nak. Yang buang anak dan sebagainya tak payahlah nak cakap lagi, tapi aku percaya itu semua ujian dari Allah. It will happens at the right time. 

Tak terbayang pasangan yang dah bertahun kahwin masih belum dikurniakan anak, mesti lagi hebat ujian untuk mereka. Sedangkan aku yang baru 10 bln dah stress dan sedih yang amat, apatah lagi mereka. Daripada nak bertanya dan cakap bukan - bukan, kan lebih baik mendoakan yang baik - baik. 

Itulah pentingnya sokongan dari kawan - kawan dan keluarga, lebih - lebih lagi suami. Dia yang paling rapat dengan kita, dan selalu ada dengan kita. Sebab setabah mana kau tengok seorang perempuan itu, kau takkan tahu sejauh mana hati dia terluka dan kau takkan tahu berapa banyak airmata yang dah mengalir.

So, stop talking about nonsenses and stop being so annoyed. Be positive larh, its not that difficult to do. For those wifey yang masih mencuba, keep trying, be cool and redha.

Maaf, gambar tiada motif =__=



19 October 2011

.Perang antara Gadis - Gadis Comel.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
La nih, aku suka baca blog budak under 18. I dunno why, maybe mengenang kembali masa zaman muda remaja. *sadis* Sebenarnya, aku baca sebab benda - benda macam nih satu hiburan. Tak terfikir dek akal budak underage boleh fikir like 30's or sometimes like 10's. 

Yang paling kelakar, bergaduh sebab rebutkan boipren. *sigh* sila mengucap panjang oke. Aku tak pasti apa significant nya mengepost all private message kat FB dalam blog. Mugkin jugak nak dedahkan siapa perampas dan siapa teraniaya. Aku bersyukur masa zaman aku 18 tahun, aku buta blog. Gamaknya, mesti aku post tah apa - apa. 

Boipren tuh biasa - biasa jek. Pelik betul budak - budak zaman nih. Tah apa yang difokuskan dalam hidup. Seingat aku, aku tak pernah terpikir benda - benda macam nih. Masa tuh pikir belajar, dapat hangout ngan kawan baik pun da cukup baik. If ada boipren pun, takda plak nak canang satu dunia. Mungkin zaman sekarang sangat canggih gamaknya. 

Aku geleng kepala je baca setiap bait, setiap bicara gadis blog yang teraniaya itu. Yang dituduh perampas pulak, mempertahankan diri macam biasa. Ini perang antara gadis - gadis comel mungkin. Berebut boipren adalah the most stupid thing! That is the last thing I will do. If yang tinggal hanya seorang lelaki. =__='' tapi aku takkan buat kot. =P

Pesanan aku, para gadis, berhenti buat benda bodoh, berhenti buat perkara yang memalukan diri sendiri. Nanti bile korunk da dewasa sket, you will regret this. Yang penting, jaga diri dan hati.

17 October 2011

.The Adventure of Rain Dance Maggie.


[Verse]
Lip stick junkie
Debunked the only one
She came back wearing a smile
Lookin' like someone drugged me
They wanted to unplug me
No one here is on trial
It's just a turnaround
And we go, oh
Well then we go uh huh oh

Tick tock I want to rock you

Like the eighties
Cock blocking isn't allowed
Tugboat Sheila is into memorabilia
Who said three is a crowd?
We better get it on the go

[Chorus]

Hey now
We've got to make it rain somehow
She told me to
And showed me what to do
Our Maggie makes it in a cloud

I said hey now

We've got to make it rain somehow
She told me to
And showed me what to do
She knows how to make it loud

[Verse]

Rain dance Maggie
Advances to the final
Who knew that she had the goods?
Little did I know
Her body was warm
Delicious vinyl
To your neck of the woods
I want to lick a little bit

[Chorus]

Hey now
We've got to make it rain somehow
She told me to
And showed me what to do
Our Maggie makes it in a cloud

[Bridge]

We've got the wrong girl
But not for long girl
It's in the song girl
'Cause I'll be gone girl

[Chorus]

Hey now
We've got to make it rain somehow
She told me to
And showed me what to do
Our Maggie makes it in a cloud

I said hey now

I want to rock this rowdy crowd
She told me to
And showed me what to do
She knows how to make it loud

[Outro]

But not for long girl
It's in the song girl
'Cause I'll be gone bye bye bye yeah
Bye bye bye girl

[scat]


Bye bye girl

Bye bye girl
Bye bye

.Riadah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Menghabiskan hujung minggu dengan bermain layang - layang. Rindu en.Gorjes, dia outstation. =__=











14 October 2011

.Aku faham perasaan itu.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
Mak pernah kata 'Kalau mak masih tegur dan marah maknanya  mak masih sayang dan ambil berat, jika mak dah malas nak tegur atau marah setiap kesalahan kau, paham - paham jela'. Mak cakap macam tuh sebab masa zaman aku sekolah, aku degil dan malas nak tolong dia kat dapur. Malas nak jaga adik - adik. Kira malas lah senang citer. Yang aku tawu, aku nak tengok tbee sebab aku dah penat buat homework yang berlambak - lambak (alasan okeh)

Tapi bile datang rajin aku, satu rumah aku lap. Setiap petak mozek kat umah aku pastikan berkilat, toilet dicuci dengan sangat bersih, sampaikan sesiapa masuk toilet aku jerit dari luar 'Jangan kotorkan toilet!' Jangan lupa flush!' Annoying betul kan. Tapi aku admit satu benda, aku memang rajin cuci toilet. Memang dah tugas wajib aku every weekend untuk cuci toilet.

Sorilah, bukan nak citer pasal toilet. Cuma nak share tentang satu perasaan yang baru aku paham. Aku kan pemalas, tapi bukanlah si pemalas yang tegar. Cuma aku lambat buat bila mak aku suruh. Aku selalu kata "jap lah mak..' atau 'ye, nnt kita buat' (tp tak buat - buat) last - last, mak aku yang buat. Atau paling teruk, aku buat kerja tuh, tapi macam tak ikhlas atau marah - marah. Seakan terpaksa.


Aku tahu, hati mak sangat sedih. Aku tahu, dia betul - betul mengharapkan pertolongan aku. Aku tahu dia penat seharian buat kerja rumah. Tapi kelakuan aku buat dia lagi sedih. Tapi waktu itu, aku tak kisah. Mungkin jiwa remaja atau akal remaja aku yang bongok. Tapi semakin meningkat dewasa, aku dah tak pernah lagi merungut bila disuruh. Kadang - kadang aku pulak yang tanya 'ada apa - apa nak tolong lagi?'

Saat aku menulis nih, aku sayu sangat memikirkan kelakuan aku dulu. Mujur aku masih sempat mengubahnya. Aku sekarang sangat paham apa yang mak aku lalui masa aku berperangai begitu. Sebab, mungkin benda yang sama terjadi pada aku. Bila kita betul - betul mengharapkan bantuan, bantuan yang kita terima seakan terpaksa. Aku menangis saat itu. Terbayang muka mak. Kesusahan mak dan sikap aku dulu. 
 
Buat mak, kak ngah mintak maaf atas kelakuan kak ngah dulu. Sekarang kak ngah paham perasaan mak. Betapa sedih dan tersentuh hati mak dengan perangai kak ngah dulu. Kak ngah janji akan tolong mak dengan ikhlas, tak marah - marah, sebab kak ngah dah rasa apa yang mak pernah rasa. 
 
 

07 October 2011

.Easy and Hard.

Bad is easy.................................. Good is hard.
Losing is easy.............................. Winning is hard.
Talking is easy............................. Listening is hard.
Watching TV is easy.................... Reading is hard.
Giving advice is easy.................... Taking advice is hard.
Flab is easy................................. Muscle is hard.
Stop is easy................................ Go is hard.
Dirty is easy................................ Clean is hard.
Take is easy................................ Give is hard.
Dream is easy............................. Think is hard.
Lying is easy............................... Truth is hard.
Sleeping is easy.......................... Waking is hard.
Talking about God is easy............ Pray to God is hard.
Holding a grudge is easy.............. Forgiving is hard.
Telling a secret is easy................ Keeping a secret is hard.
Play is easy................................Work is hard.
Falling is easy.............................Getting up is hard.
Spending is easy........................ Saving is hard.
Eating is easy............................ Dieting is hard.
Doubt is easy............................. Faith is hard.
Laughter is easy........................ Tears are hard.
Criticizing is easy...................... Taking criticism is hard.
Letting go is easy....................... Hanging on is hard.
Secret sin is easy...................... Confession is hard.
Pride is easy.............................. Humility is hard.
Excusing oneself is easy............. Excusing others is hard.
Borrowing is easy........................ Paying back is hard.
Sex is easy................................ Love is hard.
Argument is easy........................ Negotiation is hard.
Naughty is easy.......................... Nice is hard.
Going along is easy..................... Walking alone is hard.
Dumb is easy.............................. Smart is hard.
Cowardice is easy....................... Bravery is hard.
Messy is easy............................ Neat is hard.
War is easy................................ Peace is hard.
Sarcasm is easy......................... Sincerity is hard.
An F is easy............................... An A is hard.
Growing weeds is easy................ Growing flowers is hard.
Reaction is easy......................... Action is hard.
Can't do is easy.......................... Can do is hard.
Feasting is easy......................... Fasting is hard.
Following is easy........................ Leading is hard.
Having friend is easy................... Being a friend is hard.
Dying is easy............................. Living is hard.

.Love Chart.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Which One Is Yours 


06 October 2011

.Isteri - Isterinya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
[Sumber]
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam
:: Sumber :: 

.If I Die Young.


If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh, uh oh

Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain't always what you think it ought to be, no
Ain't even grey, but she buries her baby

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

And I'll be wearing white, when I come into your kingdom
I'm as green as the ring on my little cold finger,
I've never known the lovin' of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand,
There's a boy here in town who says he'll love me forever,
Who would have thought forever could be severed by

The sharp knife of a short life, well,
I've had just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls
What I never did is done

A penny for my thoughts, oh no, I'll sell them for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh (uh, oh)
The ballad of a dove (uh, oh)
Go with peace and love
Gather up your tears, keep 'em in your pocket
Save them for a time when you're really gonna need them, oh

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls

01 October 2011

.Di antara dua jalan dan pilihan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hari ini, apa yang aku tulis adalah mengikut pendapat yang aku rasa logik dan boleh diterima akal. Minta maaf jika ada salah dan silap, because we are not perfect and we are not living in a perfect world.

Aku ada sesi perbualan dengan suami, aku selalu tanya 'kenapa lelaki mempunyai keinginan atau dorongan untuk berkahwin lebih dari satu?' dia jawab 'Isteri tak pandai jaga suami' tapi macam mane if keinginan dan dorongan itu hanya nafsu semata - mata? diam dan berfikir.

Aku bukan anti-poligami dan aku juga bukan penyokong tegar poligami. Aku cuma ingin bersikap natural dalam dua - dua perkara tersebut. Sebab rukun iman yang ke-6 adalah percaya Qada' dan Qadar. Kita juga harus redha dan menerima jodoh yang telah Allah tetapkan. Terpulang sama ada jodoh itu berpanjangan atau tidak.

Tapi di antara Qada' Qadar dan ketetapan Jodoh, kita ada akal fikiran, yang Allah beri untuk menjadikan kita makhluk yang lebih mulia dari makhluk Allah yang lain. Yang membolehkan kita berfikir mana baik dan mana buruk. Kadang -kadang aku terpikir, mengapa kita tak menggunakan akal fikiran sebelum memilih di antara dua jalan, dua pilihan?

Kebanyakan keputusan dibuat mengikut kata hati. Bak kata 'Ikut hati mati'. Macam jugak kalau kita nak beli kereta, ikut hati nak pakai kereta yang mahal, tapi ikut kewarasan fikiran, kita tak mampu nak pakai. Tapi, beli jugak sebab ikut kata hati. Tapi ada jugak kata hati yang benar, ianya mengikut sesuatu situasi.

Kalau mengikut sistem poligami nih, takda kata hati yang benar. Hanya kerana mengikut sangat nafsu mata - 'perempuan itu saya nikahi kerana saya suka tengok wajahnya' tapi sampai bila?? Jika poligami di jalan yang benar, bersikap adil dan mempunyai sebab munasabab yang tepat, pasti perkahwinan akan diredhai. Tak menyusahkan mana - mana pihak, dan tak membuatkan sesiapa terluka. Memberi lebih ruang kepada isteri untuk beribadah dan masa untuk diri sendiri.

Aku percaya bahawa Allah telah menetapkan perjalanan hidup kita, yang pastinya disepanjang perjalanan itu, kita akan diduga, kita akan bertemu dua jalan yang harus kita fikir, perlu bersolat Hajat, Istikharah agar jalan yang kita pilih itu adalah yang sebaiknya. Contoh paling mudah merokok, diberi pilihan samada mahu merokok atau tidak. Jika memilih ya, jalannya mungkin menemui pelbagai penyakit dan masalah lain. Jika tidak, jalannya diberi kesihatan berpanjangan. Begitulah konsep yang aku paham. Begitu juga dalam keputusan untuk berpoligami.

Dan begitulah juga perempuan, berfikir secara waras, jangan ikut kata hati 'saya sangat mencintai lelaki itu, dan saya sanggup bermadu' bila tak dapat perhatian sewajarnya, jangan merungut, sebab kena sedar diri. Lagi pula jika perkahwinan tidak dapat persetujuan isteri pertama, sanggup menikah di Thailand. Balik Malaysia, seperti pelarian, terpaksa sorok menyorok. That is the price you have to pay, kerana kita tidak BERFIKIR.

Walauapapun, sebelum membuat keputusan, berfikir sebaiknya, minta petunjuk dari Allah. Jika benar poligami adalah takdir untuk diri kamu, teruskan dengan cara yang baik dan mengikut ajaran Islam. Jika poligami bukan takdir diri kamu, jangan mengada - ngada dan sibuk nak berpoligami sebab terikut - ikut atau sengaja mencari alasan yang tak munasabah untuk berkahwin lagi. Buruk baik isteri adalah di atas bimbingan suami.

Mudahan kita semua diredhai Allah, diberi keselamatan dunia dan akhirat serta sentiasa ditetapkan iman, diberi hidayah. Wassalam.

[Sumber]