01 October 2011

.Di antara dua jalan dan pilihan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hari ini, apa yang aku tulis adalah mengikut pendapat yang aku rasa logik dan boleh diterima akal. Minta maaf jika ada salah dan silap, because we are not perfect and we are not living in a perfect world.

Aku ada sesi perbualan dengan suami, aku selalu tanya 'kenapa lelaki mempunyai keinginan atau dorongan untuk berkahwin lebih dari satu?' dia jawab 'Isteri tak pandai jaga suami' tapi macam mane if keinginan dan dorongan itu hanya nafsu semata - mata? diam dan berfikir.

Aku bukan anti-poligami dan aku juga bukan penyokong tegar poligami. Aku cuma ingin bersikap natural dalam dua - dua perkara tersebut. Sebab rukun iman yang ke-6 adalah percaya Qada' dan Qadar. Kita juga harus redha dan menerima jodoh yang telah Allah tetapkan. Terpulang sama ada jodoh itu berpanjangan atau tidak.

Tapi di antara Qada' Qadar dan ketetapan Jodoh, kita ada akal fikiran, yang Allah beri untuk menjadikan kita makhluk yang lebih mulia dari makhluk Allah yang lain. Yang membolehkan kita berfikir mana baik dan mana buruk. Kadang -kadang aku terpikir, mengapa kita tak menggunakan akal fikiran sebelum memilih di antara dua jalan, dua pilihan?

Kebanyakan keputusan dibuat mengikut kata hati. Bak kata 'Ikut hati mati'. Macam jugak kalau kita nak beli kereta, ikut hati nak pakai kereta yang mahal, tapi ikut kewarasan fikiran, kita tak mampu nak pakai. Tapi, beli jugak sebab ikut kata hati. Tapi ada jugak kata hati yang benar, ianya mengikut sesuatu situasi.

Kalau mengikut sistem poligami nih, takda kata hati yang benar. Hanya kerana mengikut sangat nafsu mata - 'perempuan itu saya nikahi kerana saya suka tengok wajahnya' tapi sampai bila?? Jika poligami di jalan yang benar, bersikap adil dan mempunyai sebab munasabab yang tepat, pasti perkahwinan akan diredhai. Tak menyusahkan mana - mana pihak, dan tak membuatkan sesiapa terluka. Memberi lebih ruang kepada isteri untuk beribadah dan masa untuk diri sendiri.

Aku percaya bahawa Allah telah menetapkan perjalanan hidup kita, yang pastinya disepanjang perjalanan itu, kita akan diduga, kita akan bertemu dua jalan yang harus kita fikir, perlu bersolat Hajat, Istikharah agar jalan yang kita pilih itu adalah yang sebaiknya. Contoh paling mudah merokok, diberi pilihan samada mahu merokok atau tidak. Jika memilih ya, jalannya mungkin menemui pelbagai penyakit dan masalah lain. Jika tidak, jalannya diberi kesihatan berpanjangan. Begitulah konsep yang aku paham. Begitu juga dalam keputusan untuk berpoligami.

Dan begitulah juga perempuan, berfikir secara waras, jangan ikut kata hati 'saya sangat mencintai lelaki itu, dan saya sanggup bermadu' bila tak dapat perhatian sewajarnya, jangan merungut, sebab kena sedar diri. Lagi pula jika perkahwinan tidak dapat persetujuan isteri pertama, sanggup menikah di Thailand. Balik Malaysia, seperti pelarian, terpaksa sorok menyorok. That is the price you have to pay, kerana kita tidak BERFIKIR.

Walauapapun, sebelum membuat keputusan, berfikir sebaiknya, minta petunjuk dari Allah. Jika benar poligami adalah takdir untuk diri kamu, teruskan dengan cara yang baik dan mengikut ajaran Islam. Jika poligami bukan takdir diri kamu, jangan mengada - ngada dan sibuk nak berpoligami sebab terikut - ikut atau sengaja mencari alasan yang tak munasabah untuk berkahwin lagi. Buruk baik isteri adalah di atas bimbingan suami.

Mudahan kita semua diredhai Allah, diberi keselamatan dunia dan akhirat serta sentiasa ditetapkan iman, diberi hidayah. Wassalam.

[Sumber]



No comments: