27 December 2011

.Info : Program Pengambilan Pelatih SL1M -TNB.

JobsMalaysia.gov.my menjayakan pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB


PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.
INTRO  TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. 
TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB. 
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya.  Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.
SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik 
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN:
  • CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain 
  • SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
  • umur tidak melebihi 28 tahun.
  • sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara. 
  • graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
  • graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)
PUSAT PEMILIHAN
  • Tarikh:  5 & 6 Januari, 2012
  • Masa: 9.00pagi - 4.00petang
  • Tempat:  Pusat JobsMalaysia,      HG-07-06, Danga Bay, Off Jalan Skudai, 82000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.






LAIN-LAIN:
  • Program latihan akan bermula awal 2012
  • Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
  • Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah. 
  • Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
  • Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.
PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN

sebarang pertanyaan, hubungi:                                                                    Pn. Nurul Muzaleeza Mustapha - 03-2296 6523                                           En. Kamal Sabarudin - 03-2296 6756

No comments: