10 May 2011

.Pantang Larang Dalam Bertengkar.

.Google Image.

Dalam hubungan suami isteri..pertengkaran merupakan perkara yang lumrah berlaku dalam kehidupan kita. Tetapi sekiranya terbawa-bawa dengan emosi, sering kali perkataan ataupun tindakan kita akan menimbulkan rasa sakit hati yang mendalam terhadap pasangan.... Jadi macam mana kita hendak mengatasinya agar tidak mengakibatkan rasa sakit hati dalam sesuatu pertengkaran. .? Jadi di bawah ni ada beberapa pantang larangnya..: -

1.HINDARI KEKERASAN
Hindarilah pertengkaran yang sudah melibatkan tindakan fizikal ( kekerasan ). Misalnya seperti menampar atau memukul. Jauhilah tindakan tersebut kerana ianya akan menimbulkan trauma pada salah satu pihak dan mungkin juga anda akan dibawa kepengadilan kerana tindakan kekerasan terhadap kekerasan pada suami atau isteri anda..

2.JANGAN PENDAMKAN RASA KECEWA
Ungkapkanlah perasaan anda secara terbuka. Sama ada anda sedih, kecewa, marah, putus asa dan merasa diabaikan, ungkaplah perasaan tersebut dengan kata-kata dan jangan dipendam. Kekecewaan yang dipendam akan mendatangkan penyakit pada diri anda sendir antaranya migrain dan stres. Lebih baik terbuka atas segala kekecewaan pada pasangan supaya pasangan mengetahuinya dan memperbaiki hubungan anda berdua.

3.HINDARILAH KATA-KATA YANG MENJATUHKAN HARGA DIRI
Hindari kata-kata yang sifatnya menjatuhkan harga diri pasangan anda (misalnya malas, bodoh dan sebagainya terutamanya sekali di depan anak-anak). Bertengkar didepan anak-anak sebaiknya dihindarkan kerana ia tidak baik untuk perkembangan psikologi mereka. Kemungkinan mereka akan bersikap murung, tidak menghargai salah seorang orang tuanya kerana sikap orang tuanya juga begitu...

4.JANGAN MENGKRITIK KARAKTER PASANGAN
Kalau anda mahu mengkritik pasangan sebaiknya yang dikritik adalah perilakunya bukan karakternya. Misalnya pasangan anda membeli telefon bimbit lagi, sedangkan yang lama masih elok. Anda sebaiknya tidak mengatakan "Sayang ni, boros sekali,telefon lamakan masih boleh dipakai", tetapi lebih baik jika anda katakan " Sayang, model telefonnya trendy ya, bagaimana kalau telefon yang lama dijual saja ?"....

5.JANGAN SESEKALI MENYAMPUK
Dengarkan apa pasangan anda hendak katakan. Mendengar merupakan suatu kegiatan kegiatan yang jarang sekali boleh dilakukan dengan baik, kerana orang yang sedang mendengar selalunya cenderung untuk menyampuk. Mendengarlah dengan penuh perhatian terhadap apa yang diucapkan oleh pasangan anda dan pada waktu yang sama juga pasangan anda akan berasa dihargai dan dipercayai.. .

6.JANGAN MELERET
Berdebatlah dengan isu yang nyata..Sering kali terjadi pada pasangan yang salah seorangnya memendam rasa kecewa, adalah kesalahan yang sedikit saja akan menyebabkan pertengkaran besar.
Misalnya pasangan anda membuang puntung rokok merata-rata anda marah teramat sangat,walhal bukan kejadian ini yang sebenarnya anda marah tetapi ada penyebab lain seperti ketidakpuasan seks.

Sebaiknya hal-hal yang menjadi punca kekecewaanlah yang dibincangkankan dan bukan hal lainnya. Namun kerana anda tidak mengungkapkan kekecewaan, pasangan tentu tidak akan mengerti apa yang membuat anda marah atau kecewa padanya.


.Love till the end.




p/s : to en.Gorjes, I love you

No comments: