09 May 2011

.Perhiasan Dunia.

Teringat kata - kata seorang lelaki tua, rambutnya sudah dipenuhi uban, muka yang dipenuhi kedutan, yang pasti mata redup yang penuh pengertian dan kasih sayang.

           '' apa jua yang dimiliki di dunia, adalah perhiasan sementara. isteri, anak - anak
              juga adalah perhiasan dunia. perhiasan di akhirat, perhiasan untuk menemui Tuhan mu  adalah amalan dan juga Solat...''

walaupun berjuta - juta ringgit mampu kau cari, walaupun seluruh pelusuk dunia kau dah pergi, walaupun kau rasa kau makhluk paling hebat, tapi jika kau tak jaga Solat, kau hanyalah makhluk yang sia - sia.

jadi buat apa dan keperluan apa untuk berlumba - lumba tunjuk siapa paling hebat?

       kereta ape kau pakai ekk??
eh, kau pakai baju jenama ape??
dah beli kerr handphone yang canggih tuu ?
nanti, kau nak beli umah Banglo or Condo??

itukan perhiasan dunia.. 

Yang pasti jagalah Solat, agar kau dapat meninggalkan perhiasan iaitu suami / isteri dan anak - anak yang akan sentiasa mendoakan roh kau diSana nanti.. 

 
 

No comments: