22 August 2011

.Apesal ko annoying sangat ekk??.

Masa aku tengah dok tunggu untuk kereta aku siap service, ada mamat nih masuk kat ruangan menunggu. Aku tak tawu kenape bile aku tengok muka dia, aku rasa annoying betul. Dia datang dengan sorang budak perempuan dalam umur 6-7 tahun. Kemudian menyusul pulak perempuan dalam late 30's dengan budak lelaki. Maybe diorang suami isteri. Tapi gaya mamat nih memanglah poyo.

Sampai jek, terus bukak buku setebal novel. Bajet ulat buku la tuh. Dia memang tak layan sangat budak perempuan ngan lelaki tadi. Aku dalam hati, bapak jenis apalah dia nih. Garang sangat ke?? Tapi memang annoying berganda la aku. Dengan style bajet macho bergaya. *sigh* dapat dosa free jek aku kan.. then, tak sampai 15 min baca buku, bukak laptop. Time tuh, aku baru tahu dia bukan suami kepada perempuan tadi dan bukan bapak pada 2 orang budak tadi, sebabnya budak tuh panggil pacik. 

Motifnya, nape aku annoying dengan dia?? Dia bukan buat apa pun. Kenapa kita rasa annoying tetibe dengan orang?? Walaupun pertama kali kita jumpa? Kerana wajahnya ke?? perlakuan dan gelagatnya kah?? Kadang - kadang pun kita selalu klasifikasikan seseorang itu sombong, garang bila pertama kali tengok / jumpa. Aku yakin 100% bentuk muka / atau personaliti yang menyebabkan orang pikir kita sebegitu. Aku rasalah, ianya seperti Don't Judge A book By Its Cover. Mereka mungkin tak seperti apa yang kita pikirkan.

Tapi, aku memang rasa annoying betul ngan mamat tadi. Rasa meluap - luap. Eksen semacam. Bajet bagus. Tapi apa yang aku rasa selalu betul. First impression itu penting. Bila aku kata dia agak sombong bila first time jumpa, memang sebenarnya dia sombong. Tapi aku selalu harap itu hanya perasan aku je. Sebab tak baik buruk sangka dengan orang kan. Lagi - lagi bulan Ramadhan nih.

Ulangan perasaan, aku rasa annoying dengan mamat tuh walaupun aku cuba fikir positif. Mujur kereta aku siap service dengan cepatnya. Aku pun blah laju - laju bagi mengurangkan dosa.*dem* Mujur aku tak baling kasut tadi.

No comments: