05 August 2011

.Permulaan Sahaja.

Sebelum ni aku ada menulis  mengenai DSLR. Bila sudah dapat, tak rajin pulak aku menggunanya. *SIGH* It totally a super damn waste. Maksud aku dengan kata - kata yang sopan adalah sangat membazir. Mungkin hanya mencari masa yang sesuai. Arghh, yang sebenarnya aku masih agak jakun bagaimana nak mengaplikasikan kepada kehidupan seharian aku. 

Terpesona jugak melihat pemunya DSLR yang lain menterjemahkan setiap photo yang diambil. Penuh seni. Tak kira tempat, mana - mana pun jadik. Aku punya photo, aduhaii. Nak kehulu - hilir dengan DSLR pun aku rasa segan. Takut dipandang serong. Bongek kan. Banyak benda kena belajar. Aku kena persetankan segala pemikiran yang aneh itu. Mana yang berilmu, sila turunkan sekilo dua ilmu kepada aku. Dengan ini, aku persembahkan beberapa photo yang mungkin tidak seberapa. Harap maklum.

.Favorite Car Accessories aku.

 .Masjid Sultan Abu Bakar, Johor.

.Bokeh @ Bazar JB.

 .@ Tanjung Balau, Kota tinggi.

.Aku & Dia.

No comments: