17 June 2011

.Kaya Dan Miskin Boleh Berkawan Tak?


Time lunch tadi sempat tengok drama kat TV3 'Sutera Disebalik Wajah', tetibe en.Gorjes tanya 'orang miskin tak boleh kawan dengan orang kaya ke?' aku pun jawab ntah. tapi sebenarnya membuatkan aku terpikir, memang tak boleh ke? agaknya siapa yang mewujudkan hak atau pilihan dalam berkawan if bukan diri sendiri? dan siapa pula yang wajib mendidik supaya kita sentiasa diajar perkara dan nilai yang baik? diri sendiri? parents? environment? maksud aku nilai tentang pemilihan seseorang untuk dijadikan kawan. if kawan yang tak elok perangai, tak usah la nak sibuk berkawan, tapi if kawan tuh miskin? kaya? ada jurang? kau tak nak kawan ngan dia? walaupun dia baik? pemikiran yang selalu dipamer kat drama - drama Melayu. klise sungguh. meluat!

tapi aku tak tipulah, aku penah rasa mcm tuh, seakan ngeri je nak kawan dengan mereka yang mewah. adakah kerana ini akan menjadikan kita seorang yang hasad dengki, yelah nengok dia boleh capai ape jek kat dalam Boutique Levi's, Guess tanpa rasa bersalah pun. Yang kita, terkulat - kulat jek nengok. bagi aku, itu rezeki mereka, dan tak semestinya dorunk kaya, dorunk tak nak kawan dengan orang yang kurang kaya. aku ada kawan, dia anak orang ternama. Sumpah aku tak tahu dia agak berada walaupun dua tahun duduk dalam 1 kelas. Sebab, dia sangat low profile dan sempoi. Tak penah nak shopping gila - gila mcm orang lain yang tak berapa nak mewah. Tapi bile nengok yang kurang berada nih pulak, amboi, tak boleh blah. annoying!

Terpulang pada diri sendiri nak menilai seorang kawan itu dari tahap ketebalan poket, koleksi jam, beg dan baju mahal atau dari segi dia ada tak masa kita menangis dan susah? masa kita gembira dan tersenyum? Pilihan kat tangan sendiri. If dia kaya sekalipun, takkan la kita nak terikut dengan cara hidup dorunk dan if dia miskin, janganlah kita menghina atau memperlekehkan dorunk. aku selalu ingatkan diri sendiri, if kita ada 10 hengget, tak usahlah nak idup macam kita ada 100 hengget.
  
Bagi aku, kaya atau miskin adalah perhiasan dunia dan ketentuan Allah. Yang miskin berhak mencari kekayaan itu tanpa lupa pada-Nya dan yang kaya tak berhak nak menindas. Jika kau mati, perhiasan ke kubur antara miskin dan kaya kain putih, amalan kebaikan kau. Takdanya malaikat nak tanya, berapa harta peninggalan kau, koleksi jam, beg, dan kasut. Janganlah beza - beza kan lagi. Kita sama je. If nak memilih dalam berkawan pun biar bertempat. 

Noted : Emosi sungguh semasa menulis entri ini. -___-''

No comments: