15 June 2011

.Wanita.

[Gambar]

1. Sesunguhnya wanita (sanggup) menyembunyikan cinta selama 40 tahun, namun tidak sanggup menyembunyikan kebencian walaupun sesaat.

2. Sesungguhnya Allah menciptakan wanita dari kelemahan dan aurat. Maka ubatilah kelemahan mereka dengan diam, dan tutupilah aurat itu dengan menempatkannya di rumah.

3. Sebaik - baik perangai wanita adalah seburuk - buruk perangai lelaki iaitu : angkuh, penakut, kikir. Jika wanita itu angkuh, dia tidak akan memberi kuasa kepada nafsunya. Jika wanita itu kikir, dia akan menjaga hartanya dan harta suaminya. Dan jika wanita itu penakut, dia akan takut dari segala sesuatu yang menimpanya.

4. Jangan kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin saja kecantikannya akan membinasakannya. Dan jangan pula menikahi wanita kerana hartanya, kerana mungkin saja akan menjadikannya bersikap sewenang - wenang. Akan tetapi, nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sungguh, wanita hitam yang tiada hidung, tetapi kuat agamanya, dia lebih utama.

5. Aib yang terdapat pada seorang wanita akan terus selamanya. Aib ini juga akan menimpa anak - anaknya setelah menimpa ayah mereka.

6. Kecemburuan seorang wanita adalah kekufuran, sedangkan kecemburuan seorang lelaki adalah keimanan.

dari Abi bin Abi Thalib

No comments: