14 June 2011

.Perkara Remeh Jadi Besar.

[Gambar]
  Sekilas pandang si gadis dengan si teruna sangat secocok dan serasi. Tapi adakalanya tabiat si teruna sungguh - sungguh menguji kesabaran dan kadang - kadang menyakitkan hati. Mungkin cara dia kunyah makanan, lewat ketika dating buat si gadis muncung mulut sedepa. Bak kata 'macam muncung itik'. Si gadis cuba bersabar tapi tak dapat nak mengelak dari menerima kesilapan si teruna. Mengikut Bethany Marshall-Pakar Psikoanalisis ' Bila sesuatu yang kecil sentiasa buatmu rasa jengkel, ini sebenarnya mungkin kerana ada perasaan ragu yang amat mendalam dalam perhubungan '. Ini menunjukkan perbezaan sama ada rungutan itu petanda sesuatu yang lebih besar atau sakit hati biasa.

Cuba fikir mengenai pertelingkahan itu dan lihat jika ada persamaan dengan (a)Kamu tak kisah jika rakanmu melakukan perkara serupa. Oke, sebagai contoh memilih untuk menonton konsert Justin Bieber berbanding menonton Teater Muzikal, kamu pasti bengang / mengamuk jika si teruna melakukan perkara yang sama. Ini menunjukkan kamu marah dengan si teruna dan bukan perangainya (Jika kamu tak suka rakanmu lakukan perkara yang sama, maknanya kamu memang akan marah)

[Gambar]
 (b)Kamu sering cepat naik angin hampir setiap hari akibat perkara yang tak berkaitan. Contoh, jika bukan sebab si teruna asyik melayan Play Station sepanjang hari, mungkin kerana dia asyik melepak dengan kawannya. Rungutan kamu yang tak pernah berhenti itu mungkin berpunca dari masalah yang lebih besar atau mungkin kamu rasa si teruna tidak matang.

(c)Perkara rawak mengingatkan kamu tentang kesalahan lain. Satu kesilapan kecil akan membangkitkan kemarahan kamu dan merebak kepada perkara lain juga. Contoh, cara si teruna mengunyah makanan buat kamu teringat dan marah bila diua memarahi adik kamu semasa makan bersama berbulan lalu. Dan yang sebenarnya, kamu marah tentang perkara lain yang lebih besar.

Jika si gadis yakin pergaduhan ini bukan perkara  remeh, tanya kepada diri sendiri, kenapa kelakuannya (tuala basah dibiar atas lantai) buat kamu marah meluap - luap. Adakalanya, sesetengah isu yang lebih besar merupakan isu kamu dan bukan si teruna - misalnya si gadis marah bila si teruna makan coklat kerana si gadis ada masalah berat badan -___-''

Apa yang si gadis perlu buat adalah ajak si teruna berbincang bila kamu berdua dalam keadaan tenang. Seperti "I tahu I cepat marah bila You ajak BFF You makan malam. Bukannya I tak suka dia. I rasa kita tak banyak luangkan masa antara I dan You" Minta si teruna memberi cadangan agar dirinya menjadi sebahagian daripada rancangan dan tidak diasak cemuhan.


Si gadis perlu ingat, bukan apa yang si teruna lakukan menjengkelkan si gadis tetapi apa makna perbuatannya. kekalkan tumpuan kepada permasalahan agar si gadis dan si teruna boleh berbincang secara rasional dan si gadis boleh berhenti merungut / marah.

 Jika ikatan si gadis dan si teruna utuh, si teruna akan menyedari masalah sebenar dan berusaha memperbaikinya. Jika si teruna buat tak kisah / buat tak endah dengan apa yang si gadis  katakan, konflik ini tidak akan selesai dengan sendirinya. Keputusan ada di tangan si gadis. Hadapi kelemahannya, atau putuskan hubungan dan cari haluan sendiri.


[Gambar]

No comments: