03 June 2011

.Kenali Erti Maruah.

 
Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

Ini adalah erti Maruah melalui ejaan M A R U A H

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.

A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.

U :- Ungkapan orang terhadapan kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang percaya kepada kata-katanya sendiri. Maka jangan sekali-kali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.

A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda 
 
 
Noted : Renung - renungkan dan selamat beramal

No comments: